Assalamualaikum semua, pada 17hb Ogos kumpulan Fully Infinity Crew telah mengikuti satu aktiviti berkayak yang dianjurkan oleh pusat belia dan sukan sempena hari keputeraan kebawah duli yang maha mulia yang ke-62 tahun, acara ini diadakan bertempat diperkarangan sungai brunei iaitu kampung pudak, crew - crew yang ikut serta dalam acara ini adalah seperti berikut:-
Peserta Lelaki
- Crew 01 Nhorman
- Spt.Crew Boboy
- Crew 43 Adek
- Crew 42 Salleh
- Crew 20 Karim (Coach)
- Crew 13 Dzul
- Crew 36 Naz (Reserve)
- Crew 32 Hakam (Reserve)
- Crew 21 Nabil (Reserve)
- Crew Mardhiah
- Spt.Crew Noraimah
- Spt.Crew Ezzah (Reserve)
- Crew 03 Aziz (Medic
- Crew 16 Comel (Asst.Medic)
- Junior Crew Abu (Supporter)
Pada 16hb sehari sebelum perlawanan diadakan kami semua bermalam dirumah Crew Nhorman, kami semua tidur aher pada malam itu, tidak ada activiti dibuat kerana hampir semua crew tidur. kami semua bangun tidur pada pukul 5 pagi, dan kami terpaksa mandi beratur kerana rumah cnhorman toiletnya satu saja. Selepas mandi kami pun berkumpul diluar rumah dan memanaskan badan dengan exercise pagi yang diketuai oleh crew nhorman, sebelum memulakan perjalanan ketempat perlawanan doa selamat dibacakan oleh crew megi.
1 comment:
Assalamualaikum W.B.K
Terlebih dahulu saya ingin sekali memperkenalkan diri saya iaitu Abdul Khair Abdul Aziz,iaitu dikenali juga sebagai ameng, selaku teman kepada Nhorman, Faisal, dan yang selebihnya yang mengenali diri saya. Pada hari ini, apa yang dapat saya lihat melalui blog kamu, maksud saya, merangkumi kesemua artikel yang telahpun disediakanlah,urm, apa yang ingin saya katakan disini bahawa kumpulan yang telahpun direka, iaitu FULLY INFINITY CREW, telahpun menunjukkan bahawa kamu telahpun semakin maju dalam melakukan aktiviti-aktiviti diluar sana. Segala kemajuan telah dapat saya lihat, melalui segala gambar, tempat ianya diadakan dan melalui segala aktiviti yang telahpun dijalankan. Kesemuanya dijalankan melalui aspek yang positif. Memang tidak di sangka, ada juga kumpulan yang di buat ini akan sewajarnya berjaya dan akan maju pada suatu hari nanti. Saya pasti, orang ramai semestinya akan memberikan sokongan dan pandangan yang positif jikalau kamu terus giat dan aktif melakukan aktiviti-aktiviti yang bermoral dan dipandang mulia disisi masyarakat. Saya memang sama sekali tidak menyangka atas kemajuan yang kamu diperolehi. Walaupun belum sejauh manapun program yang telahpun dijayakan..Saya berharap agar kumpulan kamu akan terus maju seperti kumpulan yang lainnya eg:Pemoda, Kembara dan sebagainya. Saya sendiri juga tertarik melihat cara kamu menjayakan aktiviti kamu, dan saya juga ingin sekali masuk ke dalam kumpulan ini.. Insya-Allah, jikalau tiada halangan, saya akan terus menghubungi Nhorman bagi mendaftarkan diri untuk menjadi sebagai salah seorang pasukan ini. Saya rasa ini sajalah yang ingin saya sampaikan. Harap dapat berjumpa you all pada suatu hari nanti.. Wassalam ;) Ameng
Post a Comment